Masuk Sri Bangsar






Forgot login?
No account yet? Register

Pelajar SSB


 Aiman Danial
 Zarina
 wani yuhanis
 black
 Laura Anabella
 saye maaaa
 Mrs. M.I.D.A
 rosafira
 ayeem
 nurieda zulhairi
 Yap Jia Chi
 nur shahidah
 eizren
 nurwahida
 roza atien
 Muhammad Faridzi
 nur afeeza
 nur aimi
 nurieda zulhairi
 Batrisyia Jazmyna
 wan_syafira
 Yap Jia Chi
 Damia Fakhira
 nur shahidah
 김상범
 Fatin Farhanah Bt Fahrurazi
 noratiqah

Statistik BSB

10694 registered
0 today
70 this week
343 this month
Last: ieie

Perjumpaan 2 jam dengan AinMaisarah
(33 undian, average 4.73 out of 5)
Written by AinMaisarah   

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini, Sabtu 20 Mac 2010, pada jam 3 petang hingga jam 5 petang, di Gerai PTS. Kak Ain akan menganjurkan perjumpaan yang bertajuk - Chit-Chat Sekolah Sri Bangsar.

Kak Ain ingin menjemput semua pembaca buku AinMaisarah yang sudah merancang untuk hadir di Pesta Buku PWTC pada hari ini untuk bersama-sama Kak Ain selama 2 jam. Kita boleh mendengar cerita-cerita mengenai Sekolah Sri Bangsar. Kita juga boleh menyanyikan lagu sekolah bersama-sama.

Jangan lupa. Jika anda sudah berancang mahu ke PWTC hari ini sempena pesta buku. Pastikan ke Gerai PTS di Dewan 2 di seberang sungai PWTC.

 

Ini maklumat yang penting, sila salin jika anda tidak boleh menghafal :

Program : Chit-Chat Sekolah Sri Bangsar.

Tempat : Gerai PTS, Dewan 2 [Seberang Sungai]

Hari : Sabtu, 20 Mac 2010.

Waktu : 3 petang - 5 petang.

 

Okay sudah salin? Ini pula maklumat Kedai Pink AinMaisarah.

Ada satu pakej Istimewa yang tidak boleh dilepaskan oleh para pelajar Sekolah Sri Bangsar. Pakej ini hanya dijual di Kedai Pink AinMaisarah, Dewan 3, Tingkat 1 PWTC.

Kak Ain akan berikan manuskrip asal IMPIANA 3 secara percuma dan sebuah kotak yang eksklusif dengan setiap pembelian buku bernilai RM50. Jika mahukan set box yang sangat terhad ini, silalah hadir ke Kedai Pink AinMaisarah. Beli buku dari Kak Ain, senilai RM50 dan Kak Ain akan berikan set box tersebut secara percuma. Kak Ain hanya ada 500 set box.

 

Ini maklumat penting, untuk dapatkan set box IMPIANA 3 :

1) Perlu beli buku RM50 dari Kedai Pink AinMaisarah sahaja. 

2) Lokasi kedai : C20, Dewan 3, Tingkat 1, PWTC.

3) Kak Ain sentiasa ada di kedai, 9 pagi hingga 9 malam.

4) Hanya ada 500 setbox seluruh dunia. Ia amat terhad.

5) Tarikh pesta 19 Mac hingga 28 Mac.

 

Okay, sudah salin maklumat ini? Kak Ain ucapkan selamat membeli belah di Pesta Buku Kuala Lumpur PWTC.

 

 
Beli Pek Berkembar Dari AinMaisarah
(43 undian, average 4.79 out of 5)
Written by AinMaisarah   
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar Sekolah Sri Bangsar,
Kak Ain ada menyimpan 100 pek berkembar Buletin Sri Bangsar (BSB) : Perang Rumah Sukan (PRS) dan Juara Rumah Sukan (JRS).
Kepada sesiapa yang membeli pek ini daripada Kak Ain, Kak Ain akan tambah lagi barangan istimewa didalamnya iaitu 2 buku latihan Sekolah Sri Bangsar yang bernilai RM3.00 secara percuma.
ss012
Harga 1 pek berkembar ini : RM30
Harga pos laju : RM7
Jumlah harga yang perlu anda bayar adalah RM37 untuk satu pek berkembar.
LANGKAH 1 : BUAT PEMBAYARAN DAHULU
1) Jika anda memilih membuat bayaran secara bank-in, sila ke kaunter Maybank ataupun cari mana-mana ATM Maybank. Masukkan wang ke dalam akaun ini :
Rev Teen Enterprise - No Akaun Maybank : 514712301053
2) Jika anda memilih membuat bayaran online atau melalui Maybank2u. Masukkan wang online ke dalam akaun ini :
Rev Teen Enterprise - No Akaun Maybank : 514712301053
3) Jika anda memilih untuk membuat bayaran menggunakan wang pos. Sila ke pejabat pos berhampiran. Beli wang pos yang sama nilai dengan jumlah yang perlu dibayar. Tuliskan nama Syaizul Amal Zulkaffly di ruangan "bayar kepada". Kemudian hantarkan wang pos bernilai RM37 tersebut kepada kami di alamat :
Ain Maisarah
6-14-1,
Kondo Danau Permai,
Taman Danau Desa,
Off Jalan Klang Lama,
58100, Kuala Lumpur
Ini maklumat yang kami mahukan di dalam emel tersebut.
1) Nama sebenar anda :
2) Nama yang mahu di tulis di atas novel :
3) Alamat penuh rumah anda :
4) Poskod rumah anda :
5) No telefon :
6) Berapa jumlah bayaran yang telah anda buat : 1 pek hanya RM37.
7) Kaedah pembayaran anda : Melalui ATM atau melalui online atau melalui wang pos.
8) Bilakah masa dan tarikh anda membuat pembayaran :
Jika anda memilih membayar melalui cek ataupun wang pos. Kami akan maklumkan apabila menerima cek dan wang pos tersebut melalui e-mel anda.
Setelah menerima bukti pembayaran, Kak Ain akan menandatangani buku dan menghantar melalui pos laju. Kak Ain akan kumpul dan menghantar tempahan pada setiap Isnin dan Khamis.
Tarikh tutup pembelian adalah pada 7 Mac 2010.
Pihak Kedai Pink AinMaisarah HANYA membuka jualan kepada PEK BERKEMBAR sahaja buat masa ini.
Kak Ain mengucapkan terima kasih kerana sudi membeli terus dari Kedai Pink AinMaisarah.
Wasalam
AinMaisarah
 
Buletin Sri Bangsar : Edisi 02
(124 undian, average 4.60 out of 5)
Written by AinMaisarah   

BSB Edisi 2

Assalamualaikum semua pelajar dan rakan-rakan penulis yang berada di Sekolah Sri Bangsar ini.

 

Kak Ain ingin menjemput para pelajar semua untuk membaca Buletin Sri Bangsar Edisi 2 yang telah diusahakan oleh Betty dan rakan-rakan sidang redaksi. Kasihan Betty dan rakan-rakan bertungkus lumus menyiapkan BSB Edisi 2 ini, di dalam masa yang sama masih perlu melalui acara sukan seperti pelajar-pelajar lain.

 

Ada sesetengah bahagian di dalam BSB Edisi 2 ini yang telah dikaburkan. Ini bagi mengelakkan para pembaca yang belum membeli novel BSB – Perang Rumah Sukan dan BSB – Juara Rumah Sukan mengetahui rumah sukan mana yang memenangi sukan tahunan tersebut.

 

Kak Ain pasti lambat laun akan ada perbincangan mengenai buku ini di bahagian “kantin” sekolah. Namun sebagai pembaca, Kak Ain seboleh mungkin cuba mengelak dari mengetahui keputusan akhir di dalam novel ini.

 

“Tak bestlah jika sudah tahu ending, betul tak?”

 

Kak Ain ucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat memberi pandangan dan idea sepanjang Kak Ain menulis novel berkembar ini. Inilah usaha kita bersama.

 

Akhir sekali, Kak Ain ingin berkongsi tajuk buku di dalam siri BSB yang seterusnya : BSB – Nasyid VS Koir. [Jika tajuk ini diterima oleh editor comel kita, Cik Puan Ann]

 

Mari kita sama-sama memberi idea untuk novel-novel di dalam siri BSB ini. Okay, semoga seronok membaca Buletin Sri Bangsar Edisi 2. Sila beri komen selesai membaca ya.

 

Terima Kasih.

AinMaisarah.

 
Buku Saya
(43 undian, average 4.51 out of 5)
Written by Admin SSB   

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Dengan sukacitanya saya mengumumkan ruangan baharu di Sekolah Sri Bangsar!


Buku Saya

Apa yang ada di ruangan ini?

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4
Joomla Templates by Joomlashack